KLIK UNTUK DAPATKAN DUIT

Wednesday, September 24, 2008

Syawal Menjelang Ramadhan Tetap Dirindui


Assalamualaikum kepada semua penggemar laman blog redpraq.setelah sekian lama tidak bersuara dalam blog yang mencecah 520 orang visitor nih haha tiba-tiba jariku ter-signin ke ruangan blog ini untuk menulis sedikit nukilan berkenaan bakal menjelangnya syawal dan ramadhan yg tinggal beberapa hari lagi

Sebenarnya dewasa kini aku merasakan Hari raya hanyalah disambut agak sederhana dan biasa sahaja dan bulan ramadhan yang sebenarnya menyebabkan aku merasakan diriku sangat istimewa...dan gumbira.iyalah makanan di bazar yang telah ku jelajahi di serata lembah klang ini pun pelbagai menu...lepastuh suasana bersahur bersama-sama rakan2x jugak pasti dirindui kerana mungkin tahun depan semua akan membawa haluan masing-masing.
kerana berkerjaya InsyALLAH

Mengenai Syawal pula kali ni selalunya pada malam hari raya dan hari raya pertama pasti lah saat paling istimewa di samping keluarga dan rakan2x taulan.Namun AURA hari raya itu akan berkurang selepasnya raya pertama iaitu 1 syawal.Mungkin boleh diisi dengan pelbagai aktiviti berkunjung ke rumah rakan2x ...dan bagi diriku pula pastinya
masih terkenangkan TESIS ataupun final year project yang tak sudah2x lagi...tuh.
Lepas raya banyak lagik cabaran untuk berdepan dengan tesis ini...disamping report2x untuk subjek2x yang lain dan begitu juga dengan final exam.

Memang tahun ini paling sibuk buat diri aku memandangkan abangku redza jugak akan melangsungkan perkahwinan selepas hari raya aidilfitri ini.Selaku pengapit bertauliah aku terpaksa menyibukkan diriku juga lah kan.hehehe

Tidak mahu berceloteh panjang lagik di kesempatan ini ingin ku mengucapkan SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA RAKAN2x dan juga my cyg ...MAAF ZAHIR DAN BATIN.


p/s:sebelum memulakan perjalanan balik kampung sempena aidilfitri ini buatlah sembahyang hajat dua rakaat.mohon supaya selamat perjalanan.
InsyALLAH

pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang tersayang.

2 comments:

naz said...

abg red...naik saiiinnn...

- naz -

Anonymous said...

nak sainnn gakk....